THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Unit P di Maktab (kini Institut) Perguruan Ipoh Perak bermula dengan siri pengambilan guru pelatih pada Disember 1994 bagi sesi 1994/1996. Selama dua tahun, mereka berada di maktab bagi mempelajari selok-belok pedagogi pendidikan dan disiplin-disiplin asas perguruan yang lain sebagai persediaan sebelum bergelar sebagai seorang guru. Semester terakhir, mulai Januari hingga Jun 1997, para pelatih kemudiannya berpisah untuk mengikuti fasa terakhir iaitu Pratikum atau pun latihan mengajar. Sejak itulah para pelatih membawa haluan masing-masing, lebih-lebih setelah tamatnya kurus Asas Pergurauan mereka ditempatkan di sekolah-sekolah yang berbeza dan berlainan tempat. Cuma pada Kursus Induksi pada Jun 1997 yang diadakan di MPIP dan semasa majlis penyampaian sijil pada Mei 1998, mereka kembali bersama untuk seketika waktu.

Blog ini dihasilkan untuk mengumpulkan semula para pelatih unit P yang telah sekian lama terpisah. Berbagai-bagai kisah boleh dikongsi bersama sama ada di sini atau pun secara bertentang mata. Sekurang-kurangnya, kita masih boleh mengetahui perkembangan terkini rakan-rakan walau pun di mana jua mereka berada.

Selamat melayari blog ini. Ucapan terima kasih kerana sudi menjengah-jengahkan diri. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

BUDAK UNIT P