THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Unit P di Maktab (kini Institut) Perguruan Ipoh Perak bermula dengan siri pengambilan guru pelatih pada Disember 1994 bagi sesi 1994/1996. Selama dua tahun, mereka berada di maktab bagi mempelajari selok-belok pedagogi pendidikan dan disiplin-disiplin asas perguruan yang lain sebagai persediaan sebelum bergelar sebagai seorang guru. Semester terakhir, mulai Januari hingga Jun 1997, para pelatih kemudiannya berpisah untuk mengikuti fasa terakhir iaitu Pratikum atau pun latihan mengajar. Sejak itulah para pelatih membawa haluan masing-masing, lebih-lebih setelah tamatnya kurus Asas Pergurauan mereka ditempatkan di sekolah-sekolah yang berbeza dan berlainan tempat. Cuma pada Kursus Induksi pada Jun 1997 yang diadakan di MPIP dan semasa majlis penyampaian sijil pada Mei 1998, mereka kembali bersama untuk seketika waktu.

Blog ini dihasilkan untuk mengumpulkan semula para pelatih unit P yang telah sekian lama terpisah. Berbagai-bagai kisah boleh dikongsi bersama sama ada di sini atau pun secara bertentang mata. Sekurang-kurangnya, kita masih boleh mengetahui perkembangan terkini rakan-rakan walau pun di mana jua mereka berada.

Selamat melayari blog ini. Ucapan terima kasih kerana sudi menjengah-jengahkan diri. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

BUDAK UNIT P

25 Januari 2009

BELAJAR SEJARAH DARIPADA CIKGU SEJARAH

Murid: Cikgu... Sejarah tu apa?
Guru: Oh, dalam Sejarah, kita belajar tentang perkara yang dah berlaku pada masa lepas.
Murid: Mmm kalau camtu, saya takmo belajar sejarah le Cikgu... sebab takde masa depan.

P/S : Agaknya...Sebab itulah agaknya mata pelajaran Sejarah tidak diberi perhatian seumpama ETEMS... Cuba ada elaun 10% mau berebut yang nak belajar dan mengajar Sejarah.... Sebab... TAK ADA MASA DEPAN ...

11 Januari 2009

DOA DARIPADA KAUM MUSLIMIN UNTUK SAUDARA-SAUDARA KITA DI PALESTIN

"YA ALLAH!!! SEBAGAIMANA ENGKAU PERNAH MENGHANTAR BURUNG-BURUNG ABABIL MENGHANCURKAN TENTERA BERGAJAH MUSYRIKIN, MAKA KAMI MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH... TURUNKANLAH BANTUANMU KALI INI KEPADA ORANG-ORANG ISLAM DI PALESTIN, HANCURKANLAH REGIM ZIONIS SEDAHSYAT-DAHSYATNYA" AMIN...


Chat online and in real-time with friends and family! Windows Live Messenger

09 Januari 2009

KEMBALI KE SEKOLAH


Masa bercuti dah berakhir. Kita kembali menyambung rutin kita sebagai warga pendidik.
Profesion kita semakin mencabar kini. Semoga teman-teman tabah menghadapi cabaran. Selamat mengajo.

p/s Lamanya dah pergi sekolah..

05 Januari 2009

Selamat Bertugas

Assalamualaikaum...

Pagi 5 Januari 2009...
Setelah lama bangun pukul 10 pagi, sekarang kena bangun pukul 6 pagi.
Lepas bangun kena pulak settlekan anak-anak. Anak aku yang sulung mula darjah satu. Mak dia kat spital la pulak... So aku kena buat semua... Lepas hantar anak untuk mula sekolah. Nasib baik tak menangis. So 7.50 tadi aku ke pejabat...

Jalan raya mula "jem"... Aku ingat kalau lambat aku nak pergi memantau sekolah dulu. Tp akhirnya aku sampai opis sebelum pkl 8.30. Selamat aku... kat opis pakai tumb tag... so tak boleh cilok.

Ok... tu permulaan...
Sebagai seorang pendidik... Kita merupakan manusia yang terpilih oleh Allah Ta'ala untuk menyambung sunnah nabi kita Muhammad SAW, iaitu mengajar(menyampaikan). Apabila kita menyambung amanah nabi sudah tentu banyak ganjaran yang akan dinikmati sama ada disini atau di sana. Antaranya ialah:

Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Kelebihan orang yang berilmu berbanding abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang."(Sunan Abu Daud dan at-Tirmizi)

Zaid bin Aslam telah melaporkan daripada bapanya dan daripada beberapa sahabat Rasulullah SAW, katanya:Golongan hamba Allah yang paling dicintai oleh Allah selepas para Nabi dan para Syuhada ialah para guru, dan tiada suatu tempat di dunia ini yang paling dicintai oleh Allah selepas masjid yang di dalamnya dibacakan Al-Quran.

Daripada Ibrahim An-Nakhie, katanya:Guru yang mengajar kanak-kanak dimohon keampunan oleh para malaikat di langit, haiwan di bumi, burung-burung di udara dan ikan-ikan di laut.Dan dikatakan bahawa jika seseorang kanak-kanak diajarkan Al-Quran dan belajar membaca Bismillahir Rahmanir Rahim, Allah akan mengampunkan tiga orang iaitu bapanya, ibunya dan gurunya.

Abu Said Al-Khudri telah berkata:Sesiapa yang mengajarkan Al-Quran kepada anak lelaki atau anak perempuannya, setiap dirham yang diberikan kepada gurunya itu diumpamakan seberat bukit Uhud.Apabila seorang kanak-kanak keluar dari rumahnya untuk belajar Al-Quran, maka bertambahlah kebaikan dalam rumah ibubapanya itu dan berkuranglah keburukan dalamnya serta syaitan akan lari dari rumahnya.

Hasan Al-Basri telah berkata:Sesiapa yang mengajarkan anaknya Al-Quran, maka Allah akan memakaikan kepadanya pada hari Kiamat kelak dengan tiga jenis pakaian dari syurga yang lebih baik dari dunia dan segala isinya di mana manusia lain (pada ketika itu) berada dalam keadaan telanjang serta Allah akan menambahkan kedudukannya bagi setiap huruf Al-Quran yang diajarkannya.

Abu Abdul Rahman As-Sulami telah melaporkan daripada Uthman bin Affan RA, katanya: bahawasanya Rasulullah SAW telah berkata:Sebaik-baik kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.Berkata Abu Badul Rahman: Dengan sebab hadis ini aku duduk dalam majlis ini bagi mengajar orang lain. Beliau juga menjadi guru kepada Hasan dan Husin (cucu Nabi SAW, semoga mereka dirahmati Allah).

Ad-Dahak telah melaporkan daripada Ibnu Abbas daripada Nabi SAW bahawasanya baginda telah berkata semasa Haji Wida’:Ya Allah, ampunilah para guru dan panjangkanlah umur mereka dan berkatilah usaha dan kehidupan mereka.Anas bin Malik telah melaporkan dalam hadis yang lain bahawasanya Nabi SAW telah berkata:Ya Allah, berilah kekayaan kepada para ulama dan fakirkanlah para guru.Al-Faqih berkata: Yang dimaksudkan dengan kata baginda “fakirkanlah para guru” ialah janganlah engkau perbanyakkan harta mereka kerana dengan sebab banyaknya harta, mereka akan meninggalkan tugas mengajar mereka.

Ulasan:Pada masa ini aku tidak dapat memastikan status dan kedudukan hadis-hadis dan kata-kata para sahabat dan tabiin (pengikut mereka) yang ditulis dalam buku ini kerana ianya bukan edisi cetakan yang disemak status dan kedudukan hadis-hadisnya oleh para pakar hadis.Walau bagaimanapun, apa yang penting ialah banyak kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah kepada para guru dan pendidik kerana tugas mereka yang sangat mulia.Kelebihan-kelebihan yang dinyatakan bukan sekadar merujuk kepada guru dan pendidik yang mengajar Al-Quran atau ilmu agama sahaja, malah semua guru dan pendidik yang mengajar ilmu-ilmu yang bermanfaat tidak kira dalam bidang apa sekalipun. Ini boleh kita lihat dalam banyak hadis lain yang tidak disebutkan dalam buku tersebut tetapi telah disebutkan dalam pelbagai buku hadis yang masyhur (kita akan lihat dalam tulisan yang lain Insya-Allah).Akan tetapi, guru yang mengajar Al-Quran mempunyai kelebihan tersendiri kerana telah dinyatakan secara khusus oleh Nabi SAW.Kelebihan dan keistimewaan yang dinyatakan bukan sekadar hiasan semata-mata, tetapi para guru dan pendidik mestilah memastikan niat mereka ikhlas dan betul, menjalankan kewajipan mereka dengan sebaik-baiknya dan tidak lari dari konsep dan matlamat pendidikan ke arah melahirkan manusia yang berilmu dan patuh kepada Allah.

Oleh itu... aku berdoa agar semua guru khususnya graduan unit P dari MPIP (walaupun dan kerja kat PKG ke, PPD ke, JPN ke, KPM ke atau dah berhenti jadi cikgu jual forex ke, buluh mas ke) sentiasa dirahmati Allah dan berada dalam keadaan yang sihat agar dapat meneruskan perjuangan ini.

Ingatan ikhlas : aTuk