THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Unit P di Maktab (kini Institut) Perguruan Ipoh Perak bermula dengan siri pengambilan guru pelatih pada Disember 1994 bagi sesi 1994/1996. Selama dua tahun, mereka berada di maktab bagi mempelajari selok-belok pedagogi pendidikan dan disiplin-disiplin asas perguruan yang lain sebagai persediaan sebelum bergelar sebagai seorang guru. Semester terakhir, mulai Januari hingga Jun 1997, para pelatih kemudiannya berpisah untuk mengikuti fasa terakhir iaitu Pratikum atau pun latihan mengajar. Sejak itulah para pelatih membawa haluan masing-masing, lebih-lebih setelah tamatnya kurus Asas Pergurauan mereka ditempatkan di sekolah-sekolah yang berbeza dan berlainan tempat. Cuma pada Kursus Induksi pada Jun 1997 yang diadakan di MPIP dan semasa majlis penyampaian sijil pada Mei 1998, mereka kembali bersama untuk seketika waktu.

Blog ini dihasilkan untuk mengumpulkan semula para pelatih unit P yang telah sekian lama terpisah. Berbagai-bagai kisah boleh dikongsi bersama sama ada di sini atau pun secara bertentang mata. Sekurang-kurangnya, kita masih boleh mengetahui perkembangan terkini rakan-rakan walau pun di mana jua mereka berada.

Selamat melayari blog ini. Ucapan terima kasih kerana sudi menjengah-jengahkan diri. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

BUDAK UNIT P

31 Disember 2008

Selamat Tahun Baru 2008







Ini le femli aku..Kami nk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 untuk sumer geng Unit P.

ReUnion 2 (Damai Park Resort, Sg Petani)

Sebahagian rakan-rakan yang hadir ke Reunion kali ke-2. Tahniah kepada yang telah merancang dan melaksanakan aktiviti ini. Macam-macam perubahan dapat dilihat tetapi keakraban tetap ketara walau pun telah lama berpisah. Semoga ReUnion ke-3 dapat juga direalisasikan di wilayah selatan pada 2010.

P/S : Gambar ihsan daripada blog Adli. (Sorok kat sana yer gambar nie....)

29 Disember 2008

Salam Maal Hijrah.....
Semoga kehadiran tahun baru Hijrah ini membawa sejuta rahmat dan berkat bagi kita semua. Jadikan cabaran yang mendatang dalam profesion kita sebagai benteng dan kekuatan untuk kita sebagai warga pendidik.

P/S Seronok mengimbau kenangan semasa di MPIP. Terima kasih kepada seorang teman dan isteri yang sudi memberikan rumah tumpangan percuma........

28 Disember 2008

Kenangan Semasa Di MPIP



Masih ingatkan lagi dengan puncak gunung di atas? Merupakan mercu tanda bagi MPIP yang berada di kakinya. Unit P1 pernah mengadakan model permainan berlatarkan gunung ini semasa ekspo pendidikan pada tahun 1995.

27 Disember 2008

Profile Pilihan




Azman b Hassan
Opsyen MPIP - Bahasa Melayu
Opsyen Sekarang - Pendidikan Khas ( Pekak & Bisu )
Bertugas di Kedah selepas 6 tahun ( 1997 -2002 ) di Kuala Lumpur.

23 Disember 2008

Selamat BerUnion

Assalammualaiku Semua...
Selamat berunion kat korang.... Tahun ni aku masih x dpt ikut... keje bang...
Kalau lain kali insyaAllah akan diusahakan...

-aTuK-

17 Disember 2008

Aku Shamsi...

Baru nk join blog ni...
selama ni dok menyorok kt ulu pahang
ni baru nak kuar
My contact no...0133995104

16 Disember 2008

PENGUMUMAN !!!



KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BERMINAT UNTUK MEMERIAHKAN LAGI BLOG INI. ANDA BOLEH MENYUMBANGKAN ARTIKEL, GAMBAR, PENDAPAT DAN LAIN-LAIN UNTUK DIKONGSI BERSAMA.

SILA BERIKAN EMAIL ANDA AGAR ANDA DAPAT JUGA MEMBUAT "POSTING" DI BLOG INI.

10 Disember 2008

Maklumat Terkini Reunion 2008

E-Mail yang diterima daripada Lan :


Tempatnya : Damai Park Resort, Chandi , Merbok.
Tarikh : 25 dan 26 disember 2008

Atur cara :

1. Berkumpul di hadapan tol SG Petani selatan antara pukul 12tgh hingga 3.00 petang
2. Minum petang sambil mandi di Damai Resort
3. Makan malam dan BBQ t sate

Hari yang ke-2 : Minum pagi dan lawatan ke Tanjung Dawai.

Rakan-rakan yang mengesahkan kehadiran :

1.Saadan Jawa
2. Adli YDP
3 Azhar
4. Tooku
5. Pak Cik Bidi
6. Daeng Bugis
7. Bob Kedah
8. Ein dagu
9. Mazlan
10. Hashim Joe Wing
11. Faizul Musi
12. Apai

Rakan yang belum memberikan keputusan muktamad :

1. Azizan
2. Balok
3. Zahir

Kepada rakan-rakan lain yang berminat sila hubungi Mazlan : 0134356211

06 Disember 2008

SALAM AIDILADHA

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA KEPADA SEMUA

KEDATANGANYA MENYEDARKAN KITA AKAN ERTI KETAKWAAN DAN PENGORBANAN KEPADA-NYA

P/S : Agak-agaknyalah dalam ramai-ramai pelatih Unit P nie, siapalah dulu yang dapat menunaikan haji yer...

02 Disember 2008

Rakan yang "Confirm" untuk Hadir.

  1. Adli b.Ibrahim (Isteri dan 3 anak)
  2. Mohd Saadan b. Mat Daris (Isteri dan 2 anak)
  3. Azhar b.Ahmad (Isteri dan 4 anak)
  4. Hashim b.Talib (Isteri dan 3 anak)
  5. Zabidi b.Ismail (Isteri dan 3 anak)
  6. Muhd Azizan b. Abdullah (Isteri dan 3 anak)
  7. Daing Mahathir (Isteri dan 4 anak)
  8. Rafaei (Isteri ???, anak ???) - akan pergi pada 24 Disember
  9. Faizul b. Musi (Isteri dan 2 anak)