THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Unit P di Maktab (kini Institut) Perguruan Ipoh Perak bermula dengan siri pengambilan guru pelatih pada Disember 1994 bagi sesi 1994/1996. Selama dua tahun, mereka berada di maktab bagi mempelajari selok-belok pedagogi pendidikan dan disiplin-disiplin asas perguruan yang lain sebagai persediaan sebelum bergelar sebagai seorang guru. Semester terakhir, mulai Januari hingga Jun 1997, para pelatih kemudiannya berpisah untuk mengikuti fasa terakhir iaitu Pratikum atau pun latihan mengajar. Sejak itulah para pelatih membawa haluan masing-masing, lebih-lebih setelah tamatnya kurus Asas Pergurauan mereka ditempatkan di sekolah-sekolah yang berbeza dan berlainan tempat. Cuma pada Kursus Induksi pada Jun 1997 yang diadakan di MPIP dan semasa majlis penyampaian sijil pada Mei 1998, mereka kembali bersama untuk seketika waktu.

Blog ini dihasilkan untuk mengumpulkan semula para pelatih unit P yang telah sekian lama terpisah. Berbagai-bagai kisah boleh dikongsi bersama sama ada di sini atau pun secara bertentang mata. Sekurang-kurangnya, kita masih boleh mengetahui perkembangan terkini rakan-rakan walau pun di mana jua mereka berada.

Selamat melayari blog ini. Ucapan terima kasih kerana sudi menjengah-jengahkan diri. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

BUDAK UNIT P

08 Jun 2009

Cuti Tinggal Seminggu Lagi

Hari ini masuk minggu ke-2 cuti persekolahan berlangsung. Walau pun yang sebenar-benarnya bercuti adalah pelajar, namun sebagai guru kita turut terasa tempiasnya. Eyerlah, takkanleh nak mengajar seorang-orang pula tanpa adanya anak murid. Nanti dikatakan orang, kita ni gila meroyan pula.

Dalam pada bercuti sedar tak kita bahawa, kita sebenarnya dan sepatutnya bertugas di sekolah. Berbagai-bagai kerja yang boleh dilakukan seperti kerja-kerja pengkeranian yang duk bertimbun tu. Bukannya lama sangat, cukuplah setakat 2 atau 3 jam sehari. selepas itu baliklah ke rumah untuk bersama-sama keluarga kembali.

Hairan juga apabila terdapat segelintir pendidik yang merungut tatkala diminta bertugas atau datang ke sekolah oleh pihak pentadbir. Dia punya merungut macamlah abis keseluruhan cuti dipergunakan oleh pihak pentadbir untuk bertugas ke sekolah. Lastly pihak pentadbir dituduh kejam dan tidak berhati perut. Abis dijajanya satu sekolah, tidak berpuas hati lagi dijajanya satu daerah.

Fuh, hebat sunguh cikgu spesis ini !!!


1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Setuju!!!Guru sepatutnya menguruskan segalanya masa cuti nie,...takkan nak cuti sampai 2 minggu. Aku memang workaholic...Bila buat keje, anak-anak bawa sekali ke sekolah tapi... bila pentadbir baru masuk dan tak tahu nak hargai.......
bengang juga.....tak bolah tengok pulak dg..kita meningkat...jealous...tak faham..tak faham. Tapi aku tak patah semangat!! Yang penting keje ikhlas, Allah yang memberi kita rezeki.......