THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Unit P di Maktab (kini Institut) Perguruan Ipoh Perak bermula dengan siri pengambilan guru pelatih pada Disember 1994 bagi sesi 1994/1996. Selama dua tahun, mereka berada di maktab bagi mempelajari selok-belok pedagogi pendidikan dan disiplin-disiplin asas perguruan yang lain sebagai persediaan sebelum bergelar sebagai seorang guru. Semester terakhir, mulai Januari hingga Jun 1997, para pelatih kemudiannya berpisah untuk mengikuti fasa terakhir iaitu Pratikum atau pun latihan mengajar. Sejak itulah para pelatih membawa haluan masing-masing, lebih-lebih setelah tamatnya kurus Asas Pergurauan mereka ditempatkan di sekolah-sekolah yang berbeza dan berlainan tempat. Cuma pada Kursus Induksi pada Jun 1997 yang diadakan di MPIP dan semasa majlis penyampaian sijil pada Mei 1998, mereka kembali bersama untuk seketika waktu.

Blog ini dihasilkan untuk mengumpulkan semula para pelatih unit P yang telah sekian lama terpisah. Berbagai-bagai kisah boleh dikongsi bersama sama ada di sini atau pun secara bertentang mata. Sekurang-kurangnya, kita masih boleh mengetahui perkembangan terkini rakan-rakan walau pun di mana jua mereka berada.

Selamat melayari blog ini. Ucapan terima kasih kerana sudi menjengah-jengahkan diri. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

BUDAK UNIT P

21 Jun 2009

Selamat Hari Bapa


Selamat Hari Bapa kepada bapa-bapa yang bergelar bapa dan juga kepada bakal-bakal bapa yang juga akan bergelar bapa suatu hari nanti. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

19 Jun 2009

Penat Tapi Seronok...

Hari Ahad yang lepas aku ada beritahu yg aku akan pergi ke Pulau Sibu untuk berkursus. Disini aku coretkan perjalanan kursus tersebut untuk share dgn korang...


Sebenarnya kursus tersebut merupakan kursus bina semangat untuk pegawai baru di Jabatan Pelajaran Johor. Nama kursus ialah Kursus Tranformasi Pendidikan. Aku dapat tahu lambat krn aku cuti seminggu dan kerani aku tak inform kat aku (geram betul aku). Nasib baik ada member call ari ahad dan aku buat persiapan untuk 3 hari dua malam. Pagi Isnin aku ke pejabat sekejap nak tgk surat2 yang urgent... tapi aku tengok surat panggilan kursus bukan 3h2m tp 4h3m. Macam mana nie???? Aku cuma sempat balik rumah tambah baju 2 helai dan tambah stoking 2 pasang. Spender boleh pakai side A dan side B.... heheh darurat

Hari pertama.
Aku memulakan perjalanan dari rumah bersama 2 orang member ke jeti tanjung leman, tenggaroh lebih kurang pkl 10 pagi.. sampai lebih kurang pkl 12 tgh. Lepas tu naik bot (bukan feri), bot nelayan ke pulau sibu... dalam perjalanan tgk hanphone cantik line penuh... bila dah dekat pulau terus kosong... line tak de.. ah sudah... perjalanan bot lebih kurang 45 minit. Dalam bot dah beberapa orang ah pening.. sbb ada gelombang sikit... sampai je di pulau terus buat ice breaking dan pecah kumpulan... Aku agak tertarik juga cara pembahagian kumpulan dibuat. Jurulatih menyenaraikan satu nama burung, makanan, pokok & serangga yang berlainan dalam beberapa kertas kecil dan setiap peserta diminta mengambil sehelai seorang dan mencari kumpulan masing2. Yang menariknya nama2 tg disenaraikan merupakan nama2 yg jarang didengar spt tepek, pianggang dsb. Jd ada yg salah masuk kumpulan..  aku masuk kumpulan burung... Petang kita orang buat khemah dan memasak.. Malam: Pukul 9 dimulakan dengan team building mcm biasa. Dan selepas itu diteruskan dengan sesi burung hantu @ solo camp. Tak de menarik sangat sbb sampai je aku kat dalam hutan... aku tabur belerang (FYI dalam hutan pulau sibu banyak tali pinggang hitam belang kuning yang bisa) dan bentang alas aku terus bongkang (tidur)... lebih kurang pkl 3 aku dijemput balik... 

Hari Kedua
Selepas senaman pagi dan sarapan, kita orang dipecahkan kpd kumpulan kecil (2 org satu kumpulan) dan dihantar sekeliling pulau untuk survival camp (ikhtiar hidup). Kitaorang dibekalkan dgn 5 btg mancis, beras satu pot, sedikit tepung, garam, gula, periuk askar, keledek, alas, kelapa, parang, tali pancing, mata kail, 5 ltr air tawar dan buluh lemang. Objektif : 1. Bina tempat perlindungan. 2. Masak nasi lemak keledek. 3. Pastikan keselamatan tempat perlindungan. Aku pulak tertinggal kelapa.. Nasib baik kat tempat aku dicampak ada pokok kelapa... dapatla aku kelapa... Ativiti ini aku nampak agak longgar sbb tak mencabar sbb bekalan yang diberikan  terlalu banyak dan objektif terlalu senang... So bila aku dgn member aku (Najib dari PPD Muar) dah masak.... aku tido lps tu mandi laut... Itu jela yg kita org buat... Dekat pukul 6 baru aku dijemput... Lepas Isyak aku kembara malam lebih kurang 3 km. Naik bukit turun bukit, buang obor dsb... Sebelum sampai ke kem sorg ahli didapati ilang... dan operasi menyelamat di buat... Tp tak jumpa2. sampai pukul 11 malam aku kena panggil untuk baca doa selamat. Sebelum tu aku dah syak ini semua simulasi... Tp ramai tak percaya... Tapi bila aku kena panggil dgn kemkom... aku jadi percaya pulak... ye la takkan orang nak menipu pakai yassin dengan tahlil kan... so aku baca la yassin dgn tahlil. Lps tu aku join group menyelamat yg kedua gi cari... terus jumpa... balik je kem untuk refleksi aktiviti... kemkom pun buka cerita yang situasi tadi satu simulasi... ramai yg meluahkan rasa tak puas hati... termasuk aku yg kena baca yassin dan terus aku jerit WAKENABEB....

Hari Ketiga.. Paling mencabar
Selepas sarapan kumpulan aku dapat giliran aktiviti membuat telur masin (kata member aku) sebenarnya water confident... selepas dapat latihan di pantai, kumpulan aku dicampak ditengah laut (2 -3 km dari pantai) dgn BA (life jaket) dan diminta ke pantai dengan beberapa formasi. 1jam 15 minit baru lah kita org sampai ke pantai... punya la penat... dengan arus yg kuat, gelombang lagi... kumpulan aku dah tersasar dari pantai yg sepatutnya... korang bayangkan la... 1jam berenang... mana tak jadi telur masin... heheh.. Ada yg muntah sbb tak tahan penat + gelombang besar.... Petang pulak aktiviti kembara 5 - 7 km... masuk kampung kat pulau ni... melawat sekolah pulau sibu... yang paling best dapat line telefon... terus bertalu2 masuk sms dgn miss call.. terus aku call org rumah.. heheh... dan lagi satu kat situ ada warung... TP tutup pulak... mintak tolong ada brother kat situ panggil tuan kedai bukak awal... Time kembara ni Timbalan Pengarah Pelajaran Johor ikut sekali... So dia belanja minum... Tp aku minum sendiri dgn member member lain... Sirap segelas, 100plus satu tin, coke 1 botol n mineral 1 botol... pergh lepas geram... lega.... Dalam perjalanan balik ada lagi aktiviti... repelling la (turun dari dinding batu 50 meter) pulak... menggigil kepala lutut... Malam pulak persembahan kebudayaan konsep muzikal drama... malam ni la nampak ramai yang airnya dah naik kepala... semua dah cakap double meaning.... semua lelaki dah bersiap balik... yg perempuan pulak balik... siap....

Hari keempat...
Ari ni hanya mengemaskan tempat perkhemahan dgn majlis penutup oleh timbalan... pkl 3.30 naik bot ke tanjung leman.. sampai rumah kul 7.30 malam..

Kesimpulannya... aku rasa sgt seronok... sbb dah lama aku tak ikuti kem mcm tu... rasanya yg terakhir kat maktab dulu PKL... so sangat serono... Lps tu "mengenali" kawan2 dari jabatan... sebelum ni kenal tp tak rapat... kat kem dah mcm adik beradik... rokok pun kongsi 3 4 orang... baru tahu karekter masing2... sungguh seronok... tapi penatnya jgn cerita... 

Bukan senang nak pergi kem mcm ni... kalau korang dapat peluang... pegi la... jgn tolak...


Cikgu Dulu-dulu Dan Sekarang

09 Jun 2009

Cerdas ATAU Cergas?


Gambar yang sempat dirakamkan di Lebuhraya Utara-Selatan. Betulkah penggunaan perkataan tersebut...

PERGINYA SEORANG WIRAWATI

Terharunya membaca Harian Metro pagi tadi. Seorang guru wanita di Machang meninggal dunia dalam perjalanan ke sekolah untuk mengajar kelas tambahan UPSR. Beliau meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Semoga usaha murni beliau diberkati oleh-NYA dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fathihah untuk arwah Puan Noor Aznita.

08 Jun 2009

Cuti Tinggal Seminggu Lagi

Hari ini masuk minggu ke-2 cuti persekolahan berlangsung. Walau pun yang sebenar-benarnya bercuti adalah pelajar, namun sebagai guru kita turut terasa tempiasnya. Eyerlah, takkanleh nak mengajar seorang-orang pula tanpa adanya anak murid. Nanti dikatakan orang, kita ni gila meroyan pula.

Dalam pada bercuti sedar tak kita bahawa, kita sebenarnya dan sepatutnya bertugas di sekolah. Berbagai-bagai kerja yang boleh dilakukan seperti kerja-kerja pengkeranian yang duk bertimbun tu. Bukannya lama sangat, cukuplah setakat 2 atau 3 jam sehari. selepas itu baliklah ke rumah untuk bersama-sama keluarga kembali.

Hairan juga apabila terdapat segelintir pendidik yang merungut tatkala diminta bertugas atau datang ke sekolah oleh pihak pentadbir. Dia punya merungut macamlah abis keseluruhan cuti dipergunakan oleh pihak pentadbir untuk bertugas ke sekolah. Lastly pihak pentadbir dituduh kejam dan tidak berhati perut. Abis dijajanya satu sekolah, tidak berpuas hati lagi dijajanya satu daerah.

Fuh, hebat sunguh cikgu spesis ini !!!


05 Jun 2009

KENANGAN HARI GURU


Dua orang yang paling sibuk bila 16 MEI, buka hadiah ibu...