Unit P di Maktab (kini Institut) Perguruan Ipoh Perak bermula dengan siri pengambilan guru pelatih pada Disember 1994 bagi sesi 1994/1996. Selama dua tahun, mereka berada di maktab bagi mempelajari selok-belok pedagogi pendidikan dan disiplin-disiplin asas perguruan yang lain sebagai persediaan sebelum bergelar sebagai seorang guru. Semester terakhir, mulai Januari hingga Jun 1997, para pelatih kemudiannya berpisah untuk mengikuti fasa terakhir iaitu Pratikum atau pun latihan mengajar. Sejak itulah para pelatih membawa haluan masing-masing, lebih-lebih setelah tamatnya kurus Asas Pergurauan mereka ditempatkan di sekolah-sekolah yang berbeza dan berlainan tempat. Cuma pada Kursus Induksi pada Jun 1997 yang diadakan di MPIP dan semasa majlis penyampaian sijil pada Mei 1998, mereka kembali bersama untuk seketika waktu.
Blog ini dihasilkan untuk mengumpulkan semula para pelatih unit P yang telah sekian lama terpisah. Berbagai-bagai kisah boleh dikongsi bersama sama ada di sini atau pun secara bertentang mata. Sekurang-kurangnya, kita masih boleh mengetahui perkembangan terkini rakan-rakan walau pun di mana jua mereka berada.
Selamat melayari blog ini. Ucapan terima kasih kerana sudi menjengah-jengahkan diri. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Memang ada Magisnya....
-
Selesai sudah melayan Haura. Sebuah cerita yang menarik. Bertemakan agama,
kekeluargaan, dan kasih sayang.
Pada mulanya aku menyangkakan novel ini adalah...
Bacaan Bismillah 5
-
Assalamualaikum wbt.. Salam Ukwah buat semua Kali ini ustazah kongsikan
pula lafaz Bismillah 5 buat tatapan semua pembaca dan pengunjung setia Blog
Ustazah...
Asyura kukuhkan perpaduan
-
SALAH satu antara hari-hari yang bersejarah dalam Islam ialah hari ke-10
bulan Muharam. Sepuluh Muharam dalam bahasa Arab disebut Asyura. Ia menjadi
pentin...
[Photo] Eh' watpe tu..
-
------------------------------------------------------------------
Picture: 10 Jun 2007, Villa Seri Permaisuri
Note: Adik buat apa dalam tu...
-------------...
0 comments:
Catat Ulasan