27 Disember 2010
16 Disember 2010
Reunion Ke 3 2010
Salam Semua...
Semua dijemput hadir ke REUNION UNIT P, MPIP, 25 DISEMBER 2010 , PORT DICKSON.
Karya : anaksungaidusun pada 3:29 PTG 1 comments
02 September 2010
22 Ogos 2010
04 Ogos 2010
Keluargaku
Salam semua...
Kita yang bekerja , selalu diingatkan supaya bekerja dengan baik, berkhidmat sehingga menjadi cemerlang...
Ingatlah rakan semua, jangan dilupakan keluarga kita . Kita juga harus cemerlang bersama keluarga kita.
Bila kita balik ke rumah selepas penat bekerja, layanlah anak-anak dan keluarga kita dengan sebaik mungkin. Anak-anak kita memerlukan kita sebagai ibu bapanya. Ketika anak kita menunjukkan kerja rumahnya, lukisannya, hasil pengiraannya, lagu yang dipelajari di sekolah dan kemahiran yang diperolehi .
Anak-anak kita dengan bangga dan berbesar hati ( tidak sabar-sabar) menunggu kita balik untuk menceritakan dan menunjukkan segalanya. Kadang-kadang kita buat tidak peduli sahaja...ada ke kita kisah? apakah perasaan anak kita ketika itu...
Anak orang lain kita layan bagai raja....bagaimana dengan anak kita di rumah...
cemerlang dalam perkhidmatan...cemerlang juga dalam keluarga kita...
renung-renungkan lah...
Karya : anaksungaidusun pada 9:46 PTG 0 comments
04 Jun 2010
Mata siapa yang tidak pernah menangis...baca lah dgn khusuk
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah"
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. "Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka" Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR!
Wassallam
Karya : khairilanuar pada 11:04 PG 1 comments
25 Mei 2010
Reunion 2010...
Kepada semua rakan Unit P MPIP 94/96 pihak admin mengharapkan maklum balas daripada rakan untuk mengesahkan penyertaan ke "Reunion 2010". Ini untuk memudahkan urusan tempahan tempat penginapan semasa di sana kelak.
Karya : Budak Unit P pada 10:56 PG 0 comments
15 Mei 2010
04 April 2010
Facebook...
Masukkan sahaja nama "group di bawah....
"GROUP UNIT P MPIP 94/96"
Karya : Budak Unit P pada 12:04 PTG 1 comments
27 Januari 2010
BUKU TERLARIS DARI IKON TERKENAL
www.stormreaders.net/jombaca
Karya : Azie-P4 (TESL) pada 10:23 PTG 0 comments
12 Januari 2010
Ha..ha.. ha. Kisah 3 Pemburu Yang Malang.
Ada 3 orang sahabat. Diorang ni pemburu... ..name mereka; abu,ali ngan hasan.
satu hari diorang plan g berburu kat dalam hutan. pulak tu, hutan yang diorang masuk tu dihuni oleh kumpulan orang asli yang sangat kejam... .
nasib mereka yang tak berapa baik, mereka ditangkap dan di ikat lalu di bawak mengadap ketua orang asli tuhh...
ketua orang asli: kenapa kau masuk dalam hutan kami ?
hasan: kami tak buat ape2 tok!nak berburu je ni ha(dalam terketar2)
ketua orang asli: kamu boleh pergi dengan bebas keluar dari hutan ini tapi dengan syarat!!iaitu... setiap darikamu mesti membawa buah2an tidak kurang dari lima belas biji..mesti dari jenis yang sama!!!ingat!!!balik sebelum esok subuh... .!!!
maka bergegaslah mereka mencari buah2an itu selepas di bebaskan sementara...
hasan membawa buah pelam..dengan tersenyum bangga, dia menghadap ketua ORANG ASLI ITU DAN BERHARAP AGAR DAPAT DI BEBASKAN... malangnye...
ketua orang asli: buah-buah yang kamu pilih ni mesti disumbat ke dalam bontot kamu tanpa kamu menjerit atau mengeluarkan suara... jika terdengar suara, kamu pasti akakn terus dipancung..
hasan: jangan tok!!!jangan sumbat tok!!!
oleh kerana menjerit kesakitan SELEPAS bontot disumbat dengan pelam yg keras,maka hasan terus dipancung..
selepas bebrapa minit, abu pulang bersama buah rambai..tiba2 dia dia dipaksa untuk menyumbatkan buah tersebut ke dalam bontot....nasibnya agak baik... satu persatu
buah disumbat dan abu berjaya mendiamkan diri... hingga buah yang ke 15,abu ketawa
berdekah2... lalu dia pun dipancung...
kemudian rohnya bertemu ngan roh hasan....
hasan:nape ko gelak?? kalau ko tak gelak,ko mesti dah selamat... pastu ko boleh buat report
abu: aku nampak ali bawak buah durian la san...
Karya : khairilanuar pada 3:22 PTG 0 comments