TEAM NETBALL KEBANGGAAN AKU..........
TAK SIA-SIA MURID AKU BERHEMPAS PULAS BERLATIH.
yang minah saleh dan pasukan berskirt pendek tu dari International School. Beria-ria mereka nak ambil gambar dengan pasukan kitaorang, sebabnya.....semua pakai bandana bendera Malaysia. Bangga jugala.........sebab dengan segala kekurangan dengan gelanggang daif, mereka tak pernah merungut pun,..mampu menang Pasukan Terbaik WPKL. Buat garisan guna pundi kacang dan tali...(jangan tak percaya) sekolah di Kuala Lumpur....tak ada duit beli minyak hitam.
CUTI....YURAN....TANGGUNGJAWAB?>>
CUTI..................Dah nak habis pun. 21 hb nie, sekolah aku dah mula bermesyuarat. Cuti bagi kebanyakkan guru termasuk aku....bukanlah bercuti sepanjang masa cuti ni..iaitu dari bln 11 dan 12. Dah 12 tahun, memang macam inilah kehidupan seorang guru bagi aku. Aku pun tak kisah. Seminggu aku akan habiskan dengan bonda di kampung dan mertua. 2-3 HARI UNTUK Aku vacation N HOLIDAY DGN HUBBY DAN ANAK-ANAK. Itu ajela..tempoh bercuti yang ada.
Selebihnya dah ada peruntukan untuk macam-macam urusan. Seminggu untuk latihan netball dengan murid-murid aku. Persediaan team sekolah 2010. Bukan tak ada guru muda...ramai cuma, tak ada yang sanggup datang sekolah buat latihan masa cuti. Almaklumlah...suami isteri cikgu.....so cuti dimanfaatkan sepenuhnya. Aku tak dapatla nak buat macam tu....hubby private firm,.....tak boleh nak bercuti lama.
Apapun aku bersyukur sangat dengan kerjaya pilihan ibubapaku ini. Alhamdulillah, ada juga cuti, kalau nak dibandingkan dengan rakyat Malaysia yang nak cuti tunggu cuti am....krismas, tahun baru... termasuklah hubby aku.
Pada rakan-rakan yang akan menjadi guru kelas ingat-ingatlah perikemanusiaan. Janganlah minta yuran macam ceti atau along. Kesian budak-budak....terkebil-kebil nak menjawab soalan guru mengalahkan lawyer....... padahal, mak ayah yang sepatutnya pikul tanggungjawabnya. Tapi aku yakin, unit P semuanya professional dan bertimbangrasa. Penuh kasih sayang...atas sebab itu juga lahirnya blog unit P. Aku berbangga bercerita pada rakan-rakan guru di sekolah. Semuanya memuji........................Tahniah unit P.
Thank You Allah ❤️
-
Bulan yang cantik 😻
Terima kasih Allah
Kenangan di Kaki Gunung Kinabalu
Sejuk gigil tapi tetap manis🌹
2 minggu yang lalu