THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Unit P di Maktab (kini Institut) Perguruan Ipoh Perak bermula dengan siri pengambilan guru pelatih pada Disember 1994 bagi sesi 1994/1996. Selama dua tahun, mereka berada di maktab bagi mempelajari selok-belok pedagogi pendidikan dan disiplin-disiplin asas perguruan yang lain sebagai persediaan sebelum bergelar sebagai seorang guru. Semester terakhir, mulai Januari hingga Jun 1997, para pelatih kemudiannya berpisah untuk mengikuti fasa terakhir iaitu Pratikum atau pun latihan mengajar. Sejak itulah para pelatih membawa haluan masing-masing, lebih-lebih setelah tamatnya kurus Asas Pergurauan mereka ditempatkan di sekolah-sekolah yang berbeza dan berlainan tempat. Cuma pada Kursus Induksi pada Jun 1997 yang diadakan di MPIP dan semasa majlis penyampaian sijil pada Mei 1998, mereka kembali bersama untuk seketika waktu.

Blog ini dihasilkan untuk mengumpulkan semula para pelatih unit P yang telah sekian lama terpisah. Berbagai-bagai kisah boleh dikongsi bersama sama ada di sini atau pun secara bertentang mata. Sekurang-kurangnya, kita masih boleh mengetahui perkembangan terkini rakan-rakan walau pun di mana jua mereka berada.

Selamat melayari blog ini. Ucapan terima kasih kerana sudi menjengah-jengahkan diri. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

BUDAK UNIT P

25 November 2009

Cuti-cuti Akhir Tahun...


Cuti persekolahan akhir tahun bertandang lagi. Perasaan bercampur-baur antara seronok dan tidak. Seronok kerana kerja-kerja sepanjang tahun ini telah diselesaikan manakala yang tidak seronoknya ialah terpaksa memikirkan aktiviti-aktiviti yang perlu dibuat sepanjang cuti ini.

Seperti biasa sebelum bercuti pihak pentadbiran meminta kembali dokumen-dokumen rasmi agar diserahkan kembali. Antaranya ialah buku resit yuran persekolahan. Seperti biasa ada keluarga yang dapat menjelaskan dengan sempurna dan ada pula yang sebaliknya.

Paling pilunya apabila "kenyataan yuran persekolahan percuma" telah membuatkan pihak sekolah menjadi tidak tentu arah. Guru-guru kelas pula berpeluh ketiak kerana menjawab pelbagai persoalan yang dikemukakan oleh ibubapa.

Begitulah seandainya sesuatu bidang ditadbir oleh mereka yang kurang arif tetapi berlagak pandai. Apabila sudah berkuasa, seolah-olah semua perkara dalam kepala. Sesuatu dibuat dengan tergesa-gesa. Tiada tinjauan dibuat terlebih dahulu dan akhirnya yang menjadi mangsa ialah pihak sekolah, anak-anak murid dan ibubapa juga sendiri.

Awal tahun depan buku yuran baru bagi sesi persekolahan terkini pula akan diserahkan kepada guru-guru kelas. Maka bermulalah tugas guru-guru kelas sebagai ceti. Mengejar dan menuntut hutang daripada murid-murid.

Jika tersilap, wang daripada saku sendiri pula yang terpaksa dikeluarkan bagi menampung wang-wang yang berkurangan. Jika lebih dianggap bernasib baik, tetapi selalunya...


11 November 2009

SELAMAT BERCUTI.....YU HU



Cuti yang panjang perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya. Gunakanlah masa yang ada untuk berehat bersama keluarga tersayang. Masa itu emas.