'KERANA MU MALAYSIA MAJU'
“Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja.
Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886.
Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.”
30 April 2009
Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2009
Karya : anaksungaidusun pada 1:13 PTG 0 comments
25 April 2009
16 April 2009
Pengumuman
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI KPM 2009/2010
Unit Media dan Komunikasi Korporat, Bhg. Hal Ehwal Korporat KPM .Semakan melalui internet/SMS/Talian Bantuan keputusan permohonan Program Matrikulasi sesi 2009/2010. Semakan boleh dibuat melalui :a) Laman web http://www.moe.gov.my dengan memasukkan No. KP dan Angka Giliran SPM; atau b) Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MAT<>NOKP (pelajar) dan dihantar ke talian 15888; atau c) Talian Bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4100 mulai 17 April 2009 dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang (hari bekerja sahaja)Tarikh pendaftaran pelajar matrikulasi ialah pada 11 Mei 2009. Surat tawaran kepada pelajar yang berjaya dengan maklumat terperinci akan dihantar oleh Kolej Matrikulasi/kolej MARA.
Karya : anaksungaidusun pada 11:20 PTG 0 comments
05 April 2009
Tukar nama
Kepada semua pelatih unit P 94/96 , dengan rasminya nama Maktab Perguruan Ipoh Perak telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia ( IPGM ), Kampus Ipoh.
Sekian, terima kasih.
Karya : anaksungaidusun pada 4:20 PTG 0 comments
01 April 2009
SALAM UNTUK SEMUA...
Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi. ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
Karya : Shamsi pada 11:21 PTG 0 comments