THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Unit P di Maktab (kini Institut) Perguruan Ipoh Perak bermula dengan siri pengambilan guru pelatih pada Disember 1994 bagi sesi 1994/1996. Selama dua tahun, mereka berada di maktab bagi mempelajari selok-belok pedagogi pendidikan dan disiplin-disiplin asas perguruan yang lain sebagai persediaan sebelum bergelar sebagai seorang guru. Semester terakhir, mulai Januari hingga Jun 1997, para pelatih kemudiannya berpisah untuk mengikuti fasa terakhir iaitu Pratikum atau pun latihan mengajar. Sejak itulah para pelatih membawa haluan masing-masing, lebih-lebih setelah tamatnya kurus Asas Pergurauan mereka ditempatkan di sekolah-sekolah yang berbeza dan berlainan tempat. Cuma pada Kursus Induksi pada Jun 1997 yang diadakan di MPIP dan semasa majlis penyampaian sijil pada Mei 1998, mereka kembali bersama untuk seketika waktu.

Blog ini dihasilkan untuk mengumpulkan semula para pelatih unit P yang telah sekian lama terpisah. Berbagai-bagai kisah boleh dikongsi bersama sama ada di sini atau pun secara bertentang mata. Sekurang-kurangnya, kita masih boleh mengetahui perkembangan terkini rakan-rakan walau pun di mana jua mereka berada.

Selamat melayari blog ini. Ucapan terima kasih kerana sudi menjengah-jengahkan diri. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

BUDAK UNIT P

31 Mac 2009

BUAT RAKAN-RAKAN SEMUA


Sepanjang April ini bermula daripada 1 - 3o, "Teman" tiada di sekolah dan di rumah kerana menghadiri Kurus PO di PUSWATAN, Ipoh.

Kepada rakan-rakan yang boleh "log in" sebagai author untuk blog ini bolehlah "up date" kan blog ini seperti biasa.

Postingkan bahan-bahan yang menarik tanpa mengira sama ada ianya berkaitan dengan bidang perguruan atau pun tidak. Paling utama, kita dapat berkongsi informasi di blog kesayangan kita ini.


Ikhlas daripada,
Budak Unit P

P/S : Dua peristiwa penting akan "teman" jalani sepanjang April ini. Pertama, kursus tersebut dan pada 2 April pula ialah menghadiri temuduga untuk DG41. Doakan "teman" berjaya lulus dan melepasi halangan tersebut dengan jayanya. Amin.

22 Mac 2009

RAMAI GURU SAKIT JIWA

Dalam akhbar "Kosmo" hari ini terdapat satu atikel tentang guru-guru yang mengalami tekanan perasaan. Ekoran daripada dibebani pelbagai tugasan sama ada di dalam atau pun di luar waktu pengajaran. Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar. Berdasarkan kepada kajian tersebut, golongan pendidik berada pada risiko tinggi untuk mengalami tekanan perasaan. Diharapkan rakan-rakan semua tabah menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan sebagai seorang pendidik. Jangan biarkan diri kita diselubungi dengan berbagai permasalahan yang akhirnya menjerat diri kita. Selamat kembali ke sekolah setelah bercuti seminggu.



Make the most of what you can do on your PC and the Web, just the way you want. Windows Live

20 Mac 2009

Perihal PTK

PEPERIKSAAN PTK SESI MAC 2009
OPEN BOOK TEST BAGI KOMPONEN GENERIK(UMUM) PEPERIKSAAN PTK GRED 17 HINGGA 44 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA/KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
Perkara di atas adalah dirujuk:
2. Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Kompetensi melalui surat Ruj. Kami KP(BPPK)111/6 JLD.2(45) bertarikh 11 Mac 2009 memaklumkan dan bersetuju supaya kaedah open book test bagi Peperiksaan PTK Gred 17 hingga 44 di mana calon dibenarkan merujuk kepada bahan rujukan undang-undang/akta/peraturan semasa peperiksaan dijalankan. Pelaksanaan ini adalah berkuatkuasa mulai sesi Mac 2009.
3. Bahan-bahan rujukan yang dibenarkan adalah seperti berikut :
3.1 Perintah-perintah AM
3.2 Peraturan-peraturan Pegawai Awam(pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan)2005
3.3 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib) 1993
3.4 Arahan Perbendaharaan
3.5 Akta Prosedur Kewangan 1957
3.6 Panduan Pengurusan Pejabat
3.7 Lain-lain peraturan/akta/undang-undang yang sesuai

Waktu berehat...

Selamat bercuti kepada semua warga pendidik.Semoga masa bercuti ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.Yang jauh dirapatkan. Masa yang ada kita gunakanlah secara berkualiti.

17 Mac 2009

Selamat Menjalani PTK

Mulai esok ramai yang akan mengadap kertas soalan.(mungkin ada yang dah ambil kerja kursus). Tapi kali ini situasi berbeza. Bukan peperiksaan seperti di maktab dulu tetapi peperiksaan yang menentukan tahap kecekapan pegawai perkhidmatan awam.
Pada tahun ini dikhabarkan bahawa peperiksaan akan dijalankan secara open book test. Tetapi sejauh mana kebenaran dan cara yang akan dilaksanakan. Malah dikhabarkan juga bukan semua buku yang dibenarkan masuk. Hanya yang tertentu sahaja.
Walau bagaimana pun, selamat menjawab PTK dan bagi yang mencapai tahap 4 bagi dua-dua kertas, TAHNIAH. Dan bagi aku... baru dapat 3 & 4. So khamis ni kena la juga mengadap soalan.

Selamat Menjawab dan mudah mudahan berjaya.