Salam semua...
Kita yang bekerja , selalu diingatkan supaya bekerja dengan baik, berkhidmat sehingga menjadi cemerlang...
Ingatlah rakan semua, jangan dilupakan keluarga kita . Kita juga harus cemerlang bersama keluarga kita.
Bila kita balik ke rumah selepas penat bekerja, layanlah anak-anak dan keluarga kita dengan sebaik mungkin. Anak-anak kita memerlukan kita sebagai ibu bapanya. Ketika anak kita menunjukkan kerja rumahnya, lukisannya, hasil pengiraannya, lagu yang dipelajari di sekolah dan kemahiran yang diperolehi .
Anak-anak kita dengan bangga dan berbesar hati ( tidak sabar-sabar) menunggu kita balik untuk menceritakan dan menunjukkan segalanya. Kadang-kadang kita buat tidak peduli sahaja...ada ke kita kisah? apakah perasaan anak kita ketika itu...
Anak orang lain kita layan bagai raja....bagaimana dengan anak kita di rumah...
cemerlang dalam perkhidmatan...cemerlang juga dalam keluarga kita...
renung-renungkan lah...
04 Ogos 2010
Keluargaku
Karya : anaksungaidusun pada 9:46 PTG 0 comments
04 Jun 2010
Mata siapa yang tidak pernah menangis...baca lah dgn khusuk
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah"
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. "Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka" Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR!
Wassallam
Karya : khairilanuar pada 11:04 PG 1 comments
25 Mei 2010
Reunion 2010...
Kepada semua rakan Unit P MPIP 94/96 pihak admin mengharapkan maklum balas daripada rakan untuk mengesahkan penyertaan ke "Reunion 2010". Ini untuk memudahkan urusan tempahan tempat penginapan semasa di sana kelak.
Karya : Budak Unit P pada 10:56 PG 0 comments
15 Mei 2010
04 April 2010
Facebook...
Masukkan sahaja nama "group di bawah....
"GROUP UNIT P MPIP 94/96"
Karya : Budak Unit P pada 12:04 PTG 1 comments
27 Januari 2010
BUKU TERLARIS DARI IKON TERKENAL
www.stormreaders.net/jombaca
Karya : Azie-P4 (TESL) pada 10:23 PTG 0 comments
12 Januari 2010
Ha..ha.. ha. Kisah 3 Pemburu Yang Malang.
Ada 3 orang sahabat. Diorang ni pemburu... ..name mereka; abu,ali ngan hasan.
satu hari diorang plan g berburu kat dalam hutan. pulak tu, hutan yang diorang masuk tu dihuni oleh kumpulan orang asli yang sangat kejam... .
nasib mereka yang tak berapa baik, mereka ditangkap dan di ikat lalu di bawak mengadap ketua orang asli tuhh...
ketua orang asli: kenapa kau masuk dalam hutan kami ?
hasan: kami tak buat ape2 tok!nak berburu je ni ha(dalam terketar2)
ketua orang asli: kamu boleh pergi dengan bebas keluar dari hutan ini tapi dengan syarat!!iaitu... setiap darikamu mesti membawa buah2an tidak kurang dari lima belas biji..mesti dari jenis yang sama!!!ingat!!!balik sebelum esok subuh... .!!!
maka bergegaslah mereka mencari buah2an itu selepas di bebaskan sementara...
hasan membawa buah pelam..dengan tersenyum bangga, dia menghadap ketua ORANG ASLI ITU DAN BERHARAP AGAR DAPAT DI BEBASKAN... malangnye...
ketua orang asli: buah-buah yang kamu pilih ni mesti disumbat ke dalam bontot kamu tanpa kamu menjerit atau mengeluarkan suara... jika terdengar suara, kamu pasti akakn terus dipancung..
hasan: jangan tok!!!jangan sumbat tok!!!
oleh kerana menjerit kesakitan SELEPAS bontot disumbat dengan pelam yg keras,maka hasan terus dipancung..
selepas bebrapa minit, abu pulang bersama buah rambai..tiba2 dia dia dipaksa untuk menyumbatkan buah tersebut ke dalam bontot....nasibnya agak baik... satu persatu
buah disumbat dan abu berjaya mendiamkan diri... hingga buah yang ke 15,abu ketawa
berdekah2... lalu dia pun dipancung...
kemudian rohnya bertemu ngan roh hasan....
hasan:nape ko gelak?? kalau ko tak gelak,ko mesti dah selamat... pastu ko boleh buat report
abu: aku nampak ali bawak buah durian la san...
Karya : khairilanuar pada 3:22 PTG 0 comments
08 Disember 2009
GURU...........OH...GURU UNITP
TEAM NETBALL KEBANGGAAN AKU..........
TAK SIA-SIA MURID AKU BERHEMPAS PULAS BERLATIH.
yang minah saleh dan pasukan berskirt pendek tu dari International School. Beria-ria mereka nak ambil gambar dengan pasukan kitaorang, sebabnya.....semua pakai bandana bendera Malaysia. Bangga jugala.........sebab dengan segala kekurangan dengan gelanggang daif, mereka tak pernah merungut pun,..mampu menang Pasukan Terbaik WPKL. Buat garisan guna pundi kacang dan tali...(jangan tak percaya) sekolah di Kuala Lumpur....tak ada duit beli minyak hitam.
CUTI....YURAN....TANGGUNGJAWAB?>>
CUTI..................Dah nak habis pun. 21 hb nie, sekolah aku dah mula bermesyuarat. Cuti bagi kebanyakkan guru termasuk aku....bukanlah bercuti sepanjang masa cuti ni..iaitu dari bln 11 dan 12. Dah 12 tahun, memang macam inilah kehidupan seorang guru bagi aku. Aku pun tak kisah. Seminggu aku akan habiskan dengan bonda di kampung dan mertua. 2-3 HARI UNTUK Aku vacation N HOLIDAY DGN HUBBY DAN ANAK-ANAK. Itu ajela..tempoh bercuti yang ada.
Selebihnya dah ada peruntukan untuk macam-macam urusan. Seminggu untuk latihan netball dengan murid-murid aku. Persediaan team sekolah 2010. Bukan tak ada guru muda...ramai cuma, tak ada yang sanggup datang sekolah buat latihan masa cuti. Almaklumlah...suami isteri cikgu.....so cuti dimanfaatkan sepenuhnya. Aku tak dapatla nak buat macam tu....hubby private firm,.....tak boleh nak bercuti lama.
Apapun aku bersyukur sangat dengan kerjaya pilihan ibubapaku ini. Alhamdulillah, ada juga cuti, kalau nak dibandingkan dengan rakyat Malaysia yang nak cuti tunggu cuti am....krismas, tahun baru... termasuklah hubby aku.
Pada rakan-rakan yang akan menjadi guru kelas ingat-ingatlah perikemanusiaan. Janganlah minta yuran macam ceti atau along. Kesian budak-budak....terkebil-kebil nak menjawab soalan guru mengalahkan lawyer....... padahal, mak ayah yang sepatutnya pikul tanggungjawabnya. Tapi aku yakin, unit P semuanya professional dan bertimbangrasa. Penuh kasih sayang...atas sebab itu juga lahirnya blog unit P. Aku berbangga bercerita pada rakan-rakan guru di sekolah. Semuanya memuji........................Tahniah unit P.
Karya : Azie-P4 (TESL) pada 8:46 PTG 1 comments
Labels: CUTI DAH NAK BERAKHIR.....YURAN
25 November 2009
Cuti-cuti Akhir Tahun...
Seperti biasa sebelum bercuti pihak pentadbiran meminta kembali dokumen-dokumen rasmi agar diserahkan kembali. Antaranya ialah buku resit yuran persekolahan. Seperti biasa ada keluarga yang dapat menjelaskan dengan sempurna dan ada pula yang sebaliknya.
Paling pilunya apabila "kenyataan yuran persekolahan percuma" telah membuatkan pihak sekolah menjadi tidak tentu arah. Guru-guru kelas pula berpeluh ketiak kerana menjawab pelbagai persoalan yang dikemukakan oleh ibubapa.
Begitulah seandainya sesuatu bidang ditadbir oleh mereka yang kurang arif tetapi berlagak pandai. Apabila sudah berkuasa, seolah-olah semua perkara dalam kepala. Sesuatu dibuat dengan tergesa-gesa. Tiada tinjauan dibuat terlebih dahulu dan akhirnya yang menjadi mangsa ialah pihak sekolah, anak-anak murid dan ibubapa juga sendiri.
Awal tahun depan buku yuran baru bagi sesi persekolahan terkini pula akan diserahkan kepada guru-guru kelas. Maka bermulalah tugas guru-guru kelas sebagai ceti. Mengejar dan menuntut hutang daripada murid-murid.
Jika tersilap, wang daripada saku sendiri pula yang terpaksa dikeluarkan bagi menampung wang-wang yang berkurangan. Jika lebih dianggap bernasib baik, tetapi selalunya...
Karya : Budak Unit P pada 11:59 PG 0 comments
11 November 2009
SELAMAT BERCUTI.....YU HU

Cuti yang panjang perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya. Gunakanlah masa yang ada untuk berehat bersama keluarga tersayang. Masa itu emas.
Karya : ALINA ZAINI pada 8:45 PTG 0 comments
27 Oktober 2009
Tawaran Lokasi Reunion
Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson
Jenis Bilik & Kadar
Jenis Bilik
Kadar (Semalam)
Apartmen 2 Bilik
RM 40.00
Dewan Mesyuarat
RM 50.00
Dewan Makan
RM 50.00
Apartmen jenis VIP (Blok Baru)
RM 150.00
Apartmen 3 Bilik (Blok Baru)
RM 100.00
Apartmen 1 Bilik (Blok Baru)
RM 77.00
Apartmen Studio (Blok Baru)
RM 55.00
Maklumat Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson
KM 18, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Tempahan secara online dibuka untuk penginapan sehingga 30 September 2010.
Tempahan untuk penginapan bagi Oktober 2010 akan dibuka mulai 1 November 2009.
Tempahan untuk penginapan bagi November 2010 akan dibuka mulai 1 Disember 2009 .
BPH ingin menasihatkan agar tempahan secara berkelompok dibuat sekurang-kurangnya 5 bulan sebelum tarikh menginap bagi memastikan keperluan penginapan dapat dipenuhi oleh BPH.
SERI BULAN KONDOMINIUM/RESORT
1 Bilik RM170-RM230
2 Bilik RM260-RM330
3 Bilik RM340-RM450
Karya : anaksungaidusun pada 8:02 PTG 1 comments
PUNB ILHAM RESORT
Ini gambar pemandangan dari balconi PUNB Ilham Resort di Port Dickson. Cantik, luas dan makanannya sedap. Harganya berpadanan dengan apa yg diberikan oleh Resort ini.
Karya : Azie-P4 (TESL) pada 6:34 PTG 0 comments
Labels: REUNION
Persembahan Boria Sekolah
Karya : Azie-P4 (TESL) pada 6:02 PTG 0 comments
Labels: Persembahan Boria Sekolah
P4 NEW CONTACT NUMBER
ASSALAMU'ALAIKUM.....
INI NO KAWAN2 DI UNIT P4. KALAU ADA NOMBOR MEREKA YG LAIN DALAM SIMPANAN ANDA, SHARE DGN AZIE , OKAY.THNKS.
SURAYA LATIP 017-5921909.
SUZIATULAZMA SHAMSUDIN 019-7882819
NAHZATULSHIMA DANYAL 012-3198590
Karya : Azie-P4 (TESL) pada 5:53 PTG 2 comments
01 Oktober 2009
Kawan-Kawan lama.. P6 & P7
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
EX P6 & P7
P6
BIL NAMA SEKOLAH NO. TEL
1 ASWIRAH BINTI IBRAHIM SMK BERA (PAHANG) 0125393099
2 MASLINA BT AHMAD SMK SERI PERAK (PERAK) 0174002205
3 FAIZUL AZHAR BIN RAMELI SK PENGKALAN (PERAK) TIADA
4 AZRI B ABDULLAH SM SAINS ALAM SHAH (WP KUALA LUMPUR) 0389261819
5 AISAH BINTI TAHIR SK RAJA CHULAN (PERAK) 0135915815
6 MAZNI BINTI MOKHTAR SK KADOK (KELANTAN) 0179051003
7 CHE ROHANI BT CHE DAUD SK BATU 4 (PERAK) 054526420
8 ASNIDA BT MOHD NOR SK BANDAR BARU BATANG KALI (SELANGOR) TIADA
9 MOHD ZAHARI B KASIO SK TEBOK JAWA (SELANGOR) TIADA
10 ABD. WAHAB BIN JENAL SMK SULTAN IBRAHIM (1) (KELANTAN) 097767708
11 HASNAH BT MOHAMAD SK JEREK (KELANTAN) 099171060
12 NAEMAH BT ZAKARIA SK SULTANAH ASMA (KEDAH) 0194255038
13 AHMAD SALIHIN BABD MAJID SK SELIAU (NEGERI SEMBILAN) 0122464769
14 AHMAD RAFAAI B MOHD SABRI SK PEKAN 1 WP LABUAN (WP LABUAN) 0128284441
15 HISHAM B MOHD NOR SMK AJIL (TERENGGANU) 0199395298
16 NAZIAH BT HJ IBRAHIM SK BUKIT PINANG (KEDAH) 0194455484
17 NOOR AINA BT YUSUF SK BUKIT SENTOSA (SELANGOR) 0192253644
18 MAZNI BT SOHO SK TAMAN DESA 2 (SELANGOR) 0360343276
19 FAZITA BT OTHMAN SK SEBERANG JAYA (PULAU PINANG) 045752664
20 FAZIHA BT ABDUL RAHMAN SK PASIR DURIAN (PAHANG) 0139404969
21 HARTINI BINTI KHALID SK HAJI ISMAIL (KEDAH) 0195222773
22 NOR WAIZAH BT MAT ZAWI SK SERDANG (TERENGGANU) 0139035304
23 NOR HAFZAN BINTI MOHD ZIN SK TAMAN ANGGERIK (JOHOR) 0137339287
24 NOR AZIYAH BT MAT CHA SMK AYER HITAM (KEDAH) 044129347
25 NOORULHUDA BT ABD RAHIM SK TANJONG BELANJA (PERAK) 053656634
26 HASNIATI BT ABDULLAH SK PASIR GUDANG 3 (JOHOR) 0137075837
27 FATIMAH SHAM BT ISHAK SK SUNGAI PETAI (MELAKA) TIADA
28 HAIZAN BT AHMAD SK TUNKU ABDUL MALIK (KEDAH) TIADA
29 HALIZA IBRAHIM SK WAN ABDUL SAMAD (KEDAH) TIADA
30 ABD RASHID BIN SALLEH SMK SANDAKAN (SABAH) 089211970
31 MOHD HAMDAN BIN MOHD ISA SK BATU 4 JALAN APAS (SABAH) 0198330623
32 DAMANHURI B ABU BAKAR SJK(C) JUNUN (KEDAH) 0195449252
33 MAHMUD BIN MOHD YUNUS. SK ST FRANCIS XAVIER (SABAH) 087337128
34 ADLI BIN IBRAHIM PKG KAMPONG SOEHARTO, INDONESIA 0173153915
35 KHAIRIL ANUAR BIN ABD KADIR JABATAN PELAJARAN JOHOR 0197547412
P7
BIL NAMA SEKOLAH NO. TEL
1 SHARIZA BT AWANG SK TAMAN RIA (KEDAH) 0135156563
2 NORAINI BT MOHAMED SK JALAN PEGOH (PERAK) 053214598
3 ROSHAYATI BT MOHD AKIR SK PULAU MERTAJAM (PULAU PINANG) 0195421200
4 NORIDAH BT SALEHUDDIN SK BUKIT SENGGEH (MELAKA) 0133801060
5 NORLELA BT ABD KHALID SK TAMAN ALAM MEGAH (SELANGOR) 0169855759
6 ROZILA BT ARIFFIN SK KEMAHANG 2 (KELANTAN) 0139474631
7 ROGAYAH BT MOHD SK SIMPANG (PERAK) 058470060
8 NORAZILA BT SAAD SK RINGLET (PAHANG) 0195159910
9 NORHAIZAM BT KASSIM SK TAMAN UNIVERSITI (SELANGOR) 0122655664
10 SALMIAH BT SALAM SK KUALA BERANG (TERENGGANU) 096190507
11 SARWANI BT GHAZALI SK TUALANG SEKAH (PERAK) TIADA
12 ZAWIAH BT ISMAIL SK BUKIT BALAI (PERAK) 013 5061976
13 SUHANA BT SUKIMIN SK DESA CEMPAKA (NEGERI SEMBILAN) 0193601166
14 YUSNIYATI BT YUSUF SK SERI IMAN (TERENGGANU) 098585778
15 ZAIPAH APLA BT A.RAHMAN SK DUYONG (TERENGGANU) 0127143406
16 SITI NORLITA BT RAMLI SK BUKIT JELUTONG (SELANGOR) TIADA
17 NORHASIAH HAMZAH SK KAMPUNG TUNKU (SELANGOR) 0173836089
18 SITI MARINA BINTI MOHAMED SK CHARUK PUTING (PAHANG) 092971458
19 NORIDAYU BT HARUN SK TANJONG TOKONG (PULAU PINANG) 0134412976
20 NORAZIMAH BT ISMAIL SK JALAN PEGOH (PERAK) 053229375
21 ROHAYA BT MD REJAB SK PEREMBA (KEDAH) 047623394
22 ROSNITA BT JAYA SK DATU' HASHIM (KELANTAN) 097767198
23 SA'ADAH BT YAACOB SK LANGKASUKA (KEDAH) 0194553681
24 RUHILHAYATI BT KAMARUDIN SMK RAJA TUN UDA (PULAU PINANG) 0194661992
25 ZAIMOH BT DALENG SK (FELDA) PEMANIS 2 (JOHOR) 0197567388
26 SITI ZALINA HARUN SK TANAH MERAH (PERAK) 057583286
27 RUZILAWATI BINTI SURATNU SK PUCHONG UTAMA (SELANGOR) 0380625429
28 ZAINIDAH BT MOHAMED ISA SK TAMAN RIA (KEDAH) 0194493949
29 SHAHRIMAN BIN DAUD SMK PAMOL (SABAH) 089512757
30 SHAMSUL B MOHAMAD YUSAK SM SAINS HULU SELANGOR (SELANGOR) 033391072
31 YUSRI RIZAL B RAMLI SK MANONG (PERAK) 0135782526
32 WAN MUHD PARIHAN B W.HASAN SK TASEK DERMAWAN (PERAK) 05333715
Jika ada pembetulan sila hubungi aTuK.
Karya : khairilanuar pada 11:02 PG 1 comments




